PERATURAN PSS

5.0 PENGENALAN PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Setiap Pusat Sumber Sekolah seharusnya mempunyai peraturan yang tersendiri. Ianya dibuat berdasarkan polisi sesebuah sekolah.

Berikut adalah peraturan- peraturan yang perlu ada di sesebuah Pusat Sumber Sekolah:

5.0.1        Peraturan Am Pusat Sumber Sekolah
5.0.2        Peraturan Bilik Perpustakaan
5.0.3        Peraturan Bilik Tayangan
5.0.4        Peraturan Bilik Bahan Bantu Mengajar
5.0.5        Peraturan Penggunaan Makmal Komputer
5.0.6        Peraturan Peminjaman dan Pemulangan Buku
5.0.7        Peraturan Kecemasan atau Kebakaran
5.0.8        Peraturan Penggunaan Alatan
5.0.9        Peraturan Penggunaan Katalog

Peraturan-peraturan di atas diadakan adalah untuk membantu pengurusan Pusat Sumber Sekolah agar dilaksanakan dengan sistematik dan memudahkan pengguna
Mendapatkan maklumat dan bahan.


 5.1 PERATURAN PUSAT SUMBER SK PUCHONG UTAMA 2

  1. Pusat Sumber dibuka pada setiap hari persekolahan iaitu Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.20 pagi hingga 1.30 petang.

  1. Bahan-bahan dan alatan yang dipinjam hendaklah dicatatkan dalam buku / fail “REKOD PINJAMAN”

  1. Tempoh pinjaman boleh dilanjutkan dengan memperbaharui tarikh pinjaman.

  1. Bahan-bahan yang dikembalikan hendaklah diletakkan di tempat asalnya.

  1. Jika berlaku kerosakan atau kehilangan bahan, guru yang berkenaan perlu melaporkan dengan kadar segera kepada Penyalaras bilik yang berkenaan atau Penyelaras Pusat Sumber.

  1. Menggunakan bilik-bilik hendaklah mengikut jadual yang telah ditetapkan.

  1. Sekiranya ingin masuk ke bilik-bilik ini di luar jadual, guru hendaklah pastikan bilik tidak digunakan oleh kelas lain dan maklumkan kepada Penyelaras yang berkenaan.

  1. Penggunaan alatan yang memerlukan kemahiran mestilah terlebih dahulu mempelajarinya dari penyelaras berkenaan.

  1. Guru pastikan suis dan punca elektrik, kipas, lampu dan penghawa dingin ditutup sebelum keluar dari bilik-bilik berkenaan.

  1. Murid tidak dibenarkan membuat bising ketika berada di dalam Pusat Sumber kecuali proses P&P yang memerlukan perbincangan.

  1. Beg, fail, makan dan minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk kecuali buku nota dan alat tulis.

  1. Kebersihan bilik adalah tanggungjawab semua guru.


“PUSAT SUMBER GEDUNG ILMU”

“PUSAT SUMBERKU SYURGAKU”


5.2 PERATURAN BILIK PERPUSTAKAAN
PUSAT SUMBER SK PUCHONG UTAMA 2

1.      Pusat Sumber dibuka pada setiap hari persekolahan iaitu Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang.

2.      Murid tidak dibenarkan membuat bising ketika berada di dalam Pusat Sumber.

3.      Beg, fail, makan dan minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk kecuali buku nota dan alat tulis.

4.      Setiap pelajar dibenarkan meminjam sebuah buku fiksyen Bahasa Melayu (FM) dan sebuah buku lain (Fiksyen Bahasa Inggeris, 000, 100, 200, 300, 400, 500, 600, 700, 800 dan 900) mengikut ketetapan yang ditentukan oleh Penyelas Perpustakaan.

5.      Semua pinjaman hendaklah dinuat di KAUNTER PINJAMAN.

6.      Tempoh pinjaman adalah 1 minggu. Pemulangan yang lewat akan didenda (sila rujuk peraturan pinjaman dan pemulangan buku).

7.      Guru dan kakitangan dibenarkan meminjam 2 buah buku setiap kali pinjaman ( jika ingin meminjam lebih daripada yang ditetapkan, sila maklumkan kepada Penyelaras Perpustakaan ).

8.      Sekiranya berlaku kerosakan pada buku yang dipinjam, pengguna hendaklah melaporkan kepada Penyelaras Perpustakaan untuk tindakan seterusnya.

9.      Buku yang dirosakkan perlu diganti.

10.  Segala pinjaman buku, penggunaan bilik dan sudut bercerita, hendaklah direkodkan di dalam buku yang ditetapkan.

11.  Guru-guru kelas dan guru-guru matapelajaran boleh menbuat pinjaman buku secara pukal (berkelompok) mengikut peraturan yang ditetapkan. Pinjaman dan pemulangan mestilah dilaporkan kepada Penyelaras Perpustakaan.


“MEMBACA JAMBATAN ILMU”

“NADI ILMU AMALAN MEMBACA”

5.3 PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU
PUSAT SUMBER SK PUCHONG UTAMA 2

  1. Peminjaman dan pemulangan buku hanya dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan.

  1. Setiap murid yang mempunyai kad boleh meminjam sebanyak  2 buah buku sahaja.

  1. Pinjaman hanya boleh dibuat melalui Pengawas PSS dan guru Perpustakaan yang bertugas.

  1. Pemulangan hendaklah dibuat pada tarikh yang dicatatkan kecuali cuti am.

  1. Sesiapa yang lewat memulangkan buku akan dikenakan denda 10 sen sehari.

  1. Murid yang menghilangkan atau merosakkan buku akan dikenakan denda dengan membayar mengikut harga buku tersebut.

  1. Setiap guru yang ingin meminjam buku dikehendaki mencatatkan butiran pinjaman di dalam Rekod Pinjaman Guru yang disediakan di kaunter. Tempoh pinjaman selama 1 minggu.



5.4 PERATURAN BILIK ALAT PANDANG DENGAR [APD]
PUSAT SUMBER SK PUCHONG UTAMA 2

1.      Bilik Alat Pandang Dengar boleh digunakan setiap hari kecuali hari cuti   umum dan hari Ahad.

2.      Menggunakan Bilik Alat Pandang Dengar hendaklah mengikut jadual yang ditetapkan.

3.      Sekiranya ingin masuk ke bilik ini di luar jadual, guru hendaklah pastikan bilik tidak digunakan oleh kelas lain dan maklumkan kepada Penyelaras APD.

4.      Guru yang hendak menggunakan bilik untuk bermesyuarat dan hendak meminjam peralatan yang diperlukan harap maklumkan kepada Penyelaras APD sehari sebelum penggunaan.

5.      Murid tidak dibenarkan membuat bising, makan dan minum, atau bermain-man semasa menggunakan bilik ini.

6.      Murid tidak boleh membawa masuk beg sekolah kecuali alatan menulis dan buku latihan sahaja.

7.      Murid-murid tidak dibenarkan mengambil, merosakkan atau mengalihkan barang-barang dari bilik ini tanpa kebenaran Penyelaras APD.

8.      Setiap penggunaan alatan  yang memerlukan kemahiran hendaklah terlebih dahulu mempelajarinya daripada Penyelaras APD.

9.      Setiap penggunaan alatan dari bilik ini hendaklah direkodkan dalam buku penggunaan.

10.  Guru hendaklah meletakkan alatan yang digunakan di tempat asalnya.

11.  Pastikan kerusi-kerusi tayangan tersusun dengan kemas dan bilik bersih sebelum emninggalkannya.

12.  Guru pastikan suis dan punca elektrik lain seperti kipas, lampu dan penghawa dingin ditutup sebelum keluar dari bilik ini.

13.  Guru pastikan pintu ditutup bilik ditutup.


“MELIHAT SEJENAK LEBIH BAIK DARIPADA
MENDENGAR SERIBU PERKATAAN”
5.5 PERATURAN BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR [BBM]
PUSAT SUMBER SK PUCHONG UTAMA 2

  1. Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah direkodkan dalam buku/fail REKOD PINJAMAN.

  1. Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah diambil dan dipulangkan oleh GURU sendiri.

  1. Murid-murid TIDAK DIBENARKAN meminjam, memulang atau mengambil keluar bahan dari bilik ini.

  1. Tempoh pinjaman selama 2 hari.

  1. Tempoh pinjaman boleh dilanjutkan dengan memperbaharui tarikh pinjaman.

  1. Bahan-bahan yang diambil hendaklah diletakkan di tempat asalnya.

  1. Carta atau alat boleh dipinjam sebanyak 2 jemis bagi satu-satu pinjaman.

  1. Bahan yang dipinjam TIDAK BOLEH dibawa PULANG kecuali dengan kebenaran Penyelaras BBM.

  1. Tidak boleh makan atau minum dalam bilik ini.

  1. Kebersihan bilik adalah tanggungjawab semua guru.

  1. Jika berlaku sebarang kerosakkan atau kehilangan barang atau alatan, guru yang berkenaan perlu melaporkan dengan kadar segera kepada Penyelaras BBM.

  1. Untuk alatan ko-kurikulum (permainan dalaman), hendaklah pastikan setiap set adalah lengkap ketika dipulangkan.



“BAHAN BERMUTU MURID BERILMU”

“GURU PENYUNTIK MINDA MURID”




5.6 PERATURAN & KESELAMATAN PENGGUNAAN BILIK ICT
PUSAT SUMBER SK PUCHONG UTAMA 2

1.      Pengguna hanya dibenarkan masuk ke dalam makmal pada masa yang dibenarkan sahaja.

2.      Pengguna dilarang membawa beg, makan atau minuman, pengasah pensel dan cecair pemadam masuk ke dalam makmal computer.

3.      Pengguna dilarang membawa disket, pen-drive atau cakera padat dari luar masuk ke dalam makmal computer kecuali dengan keizinan guru.

4.      Pengguna dikehendaki menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam makmal.

5.      Pengguna dikehendaki mencatatakan kehadiran dalam buku yang disediakan.
 Penggna dikehendaki membersihakan tempat yang telah digunakan    dalam              makmal sebelum meninggalkannya.

6.      Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar kepada computer.

7.      Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian computer yang terlalu panas atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila segera laporkan kepada guru.

8.      Jika terdapat sebarang masalah sila dapatkan bantuan guru yang bertugas. Pengguna dilarang membuat perubahan sendiri.

9.      Sentiasa scan disket, pen-drive atau CD anda untuk mengesan virus.

10.  Jika anda pengguna terakhir, pastikan segala suis lampu dan penghawa dingin dipadam mengikut peraturan tertentu.

11.  Jangan membuat bising dan menganggu pengguna yang lain.

12.  Pengguna dilarang menyalin perisisan  di dalam makmal. Cetak rompak adalah salah di sisi undang-undang.

13.  Pengguna yang melanggar peraturan tersebut akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Contohnya: Tidak akan dibenarkan masuk ke makmal selama-lamanya.


“KEMAHIRAN MAKLUMAT MENUJU ERA
PENDIDIKAN BERKUALITI”
5.6 PERATURAN KECEMASAN ATAU KEBAKARAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA 2

1. Tindakan murid:

      a. Pengawas PSS memberitahu guru dengan segera.
      b. Pengawas PSS membuka semua pintu.
      c. Tinggalkan buku atau sebarang alatan di atas meja.
      d. Segera keluar mengikut pintu yang berhampiran.
      e. Elakkan daripada berebut-rebut semasa keluar.
      f. Elakkan daripada membuat bising.
      g. Berkumpul dan beratur di tempat yang telah ditetapkan.


2. Tindakan guru:

a.       Pastikan murid meninggalkan bangunan dengan teratur dan selamat.
b.      Tutup suis utama bangunan.
c.       Gunakan pemadam api yang disediakan.
d.      Pastikan bilangan murid seperti dalam jadual kedatangan pada hari berkenaan.


3.                  Tindakan guru bertugas harian:

a.       Ambil langkah segera bagi memastikan murid bergerak dengan selamat.
b.      Telefon bomba.
c.       Laporkan kepada Pengetua / Guru Besar.






0 comments:

KLIK IKLAN SEBAGAI TANDA SOKONGAN ANDA. TERIMA KASIH.

Pemberitahuan KPM