PENGENALAN

2.1 PUSAT SUMBER SEKOLAH

2.1.1 DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah adalah pengembangan dari Perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat Sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih luas dengan pelbagail bahan secara keseluruhannya.

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.

Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajartan dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan

Ke arah pembentukan
masyakarat berbudaya ilmu, gembar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat


 2.1.2 KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah adalah

*      Suatu Tempat
Merupakan satu suasana pembelajaran yang selesa bukan sekadar tambahan kepada bilik darjah.

*      Koleksi
Pusat penerolehan sumber dan maklumat yang diperlukan untuk pembelajaran.

*      Perkhidmatan
Memberi kemudahan mendapat dan mengamalkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran.

*      Agen Perubahan
Bergerak ke arah pengembangan potensi dan minat individu serta kerjasama berkumpulan.


2.1.3 FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH

*      Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum.

*      Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.

*      Merupakan tempat bahan pengajaran – pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.

*      Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.

*      Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.

*      Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.

*      Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.

*      Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.

*      Membuat peracangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.

*      Menyediakan alatan reprografi dan rakam salin serta memberi perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran.


2.1.4 CIRI-CIRI PUSAT SUMBER YANG BERKESAN

*      Lokasi di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah dari mana-mana bahagian sekolah.

*      Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang menguruskan pusat sumber.

*      Terdapat pelbagai aktiviti galakkan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang tahun.

*      Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat bahan, alatan dan maklumat.

*      Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik.

*      Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

*      Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat Bantu kurikulum.


2.2 SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA (2)

Pusat Sumber Sekolah  Kebangsaan Puchong Utama ( 2 ) telah ditubuhkan pada hari Isnin bersamaan dengan 03 Januari 2001 dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Guru Besar  yang pertama iaitu Hajjah Zahara binti Mohd Ali.

            Pusat Sumber SKPU( 2 ) ini terletak di tingkat 1, bangunan Blok Bestari ( B ). Pusat Sumber ini terdiri daripada :

*      Bilik Perpustakaan
*      Bilik Alat Pandang Dengar/Tayangan.
*      Bilik Kerja Staf
*      Bilik Bahan Bantu Mengajar
*      Bilik Rakaman

            Sehingga kini, terdapat lebih 5000 koleksi buku yang terdiri daripada Buku Fiksyen, Buku Bukan Fiksyen, Buku Rujukan dan Buku Red Spot. Pada tahun 2004, PSS telah menyediakan Majalah, Jurnal dan Surat Khabar sebagai rujukan warga sekolah ini.

            Selain itu, PSS juga telah menyediakan Bahan Bukan Buku iaitu VCD, DVD dan sebagainya kepada warga sekolah ini. Sehingga kini, koleksi bahan bukan buku telah mencecah lebih 800 unit. Bukan itu sahaja, PSS juga telah menggunakan satu program pusat sumber yang dikenali sebagai PUSTAKA untuk memberi kemudahan kepada jawatankuasa Pusat Sumber untuk mengendalikan Pusat Sumber dengan baik dan cekap. Penggunaan  program PUSTAKA membolehkan pihak pusat sumber menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada warga sekolah seperti Perkhidmatan Pinjaman, Perkhidmatan Rujukan, Perkhidmatan Sudut Surat Khabar, Perkhidmatan Internet dan Perkhidmatan Katalog Atas Talian [OPAC].

            Penyelaras Pusat Sumber Pusat Sumber Sekolah ini yang pertama ialah Puan Rozilah binti Abd Rahman. Beliau telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah untuk menerajui pembukaan Pusat Sumber Sekolah ini mulai 15 September 2001. Pada 01 Januari 2004, Puan Rohayah binti Ismail  telah menanggung tugas Puan Rozilah yang telah memohon cuti separuh gaji bagi menjaga anaknya yang sakit tenat di HUKM selama 11 bulan dan akhirnya tugas beliau telah digantikan sepenuhnya oleh Puan Rohayah binti Ismail pada tahun 2005 dan 2006. Puan Rohayah telah mengikuti krusus Program PUSTAKA bagi memproses bahan buku sepenuhnya dengan system automasi bagi menggantikan system manual sebelum ini. Kemudian pada tahun 2007 hingga 2008 tugas telah diambil alih oleh  Puan Roslinda binti Mohd Noor sebagai Penyelaras Pusat Sumber. Pada tahun 2009 sehingga kini Puan Rozilah binti Abdul Rahman sekali lagi diberi tugas sebagai Penyelaras Pusat Sumber  bagi menggantikan Puan Roslinda yang berpindah  ke Johor Bahru.



TAHUN

NAMA PENYELARAS  PUSAT  SUMBER
BILANGAN
PUSTAKAWAN

CATATAN
2001
Puan Rozilah binti Abd Rahman  ( opsyen Peng. Melayu )
25 orang
Tahun 4
2002
Puan Rozilah binti Abd Rahman
34 orang
Tahun 4,5
2003
Puan Rozilah binti Abd Rahman
45 orang
Tahun 4,5,6
2004
Puan Rozilah binti Abd Rahman(sehingga Julai 2004 )
Puan Rohayah binti Ismail(daripada Ogos 2004 )

45 orang

Tahun 4,5,6
2005
Puan Rohayah binti Ismail            ( opsyen Matematik )
45 orang
Tahun 4,5,6
2006
Puan Rohayah  binti Ismail
45 orang
Tahun 4,5,6
2007
Puan Roslinda binti Mohd Nor     ( opsyen Agama Islam)
50 orang
Tahun 3,4,5,6
2008
Puan Roslinda binti Mohd Nor
56 orang
Tahun 3,4,5,6
2009
Puan Rozilah binti Abd Rahman
64 orang
Tahun 2,3,4,6
2010
Puan Rozilah binti Abd Rahman
66 orang
Tahun 2,3,4,5,6
2011
Puan Rozilah binti Abd Rahman
84 orang
Tahun 2,3,4,5,6

Sehingga kini, bilangan Pengawas Pusat Sumber telah bertambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kerana pertambahan murid di sekolah ini.


2.4 MISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Misi Pusat Sumber Sekolah ini adalah sejajar dengan penyataan misi sekolah iaitu

*      Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi sebagai sumber rujukan kepada warga sekolah bagi tujuan perkembangan ilmu pengetahuan.

*      Memberikan perhidmatan yang terbaik dan layanan yang mesra kepada pengunjung dan pengguna Pusat Sumber Sekolah.

*      Menyediakan prasarana, kemudahan pendidikan dan persekitaran yang ceria dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

*      Melahirkan pasukan Pengawas Pusat Sumber yang berketerampilan, cekap dan berhemah tinggi dalam membantuk pengurusan Pusat Sumber Sekolah


2.5 PIAGAM PUSAT SUMBER SEKOLAH

*      Berusaha memberi layanan efektif  kepada pelanggan yang datang ke Pusat Sumber Sekolah.

*      Berusaha menjalankan kegiatan-kegiatan yang memberi faedah kepada para pelajar, guru-guru dan staf SK  Puchong Utama (2).

*      Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan pengguna Pusat Sumber Sekolah.

*      Memberi khidmat nasihat, bimbingan dan galakan pelanggan apabila diperlukan.

  
2.6 MATLAMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH

Matlamat bermaksud tujuan mencapai suatu perubahan dalam jangka masa yang panjang yang tidak mungkin pula dapat dicapai dengan segera atau dalam jangka masa yang begitu singkat. Perubahan yang dimaksudkan pula ialah perubahan kepada segala aspek dari segi fizikal dan tingkah laku yang perlu dicapai oleh organisasi Pusat Sumber Sekolah.

Lima Matlamat Pusat Sumber ialah :

*      Mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pencapaian yang lebih cemerlang dari segi keilmuan, tingkah laku, sikap dan peranan positif.

*      Membantu pembentukan profesion perguruan yang berilmu, berwawasan, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin bagi membina sahsiah guru-guru yang lebih sempurna supaya mereka dapat memainkan peranannya sebagai ejen perubahan yang lebih berkesan dalam pembangunan Negara, bangsa dan agama.

*      Membentuk golongan pelajar yang berilmu, berkepimpinan, dinamis, kreatif dan berdisiplin seiring dengan pembentukan sahsiah supaya mereka dapat memainkan peranan yang positif apabila tamat persekolahan.

*      Merapatkan jurang perbezaan dari segi kemudahan – kemudahan pendidikan antara sekolah ini dengan sekolah yang lebih maju prasarana pendidikannya.

*      Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai organisasi ilmu terpenting di sekolah dan menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan.

  
2.7 OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH

Obektif bermaksud tujuan mencapai sesuatu perubahan yang dapat dilihat dalam jangka masa pendek. Perubahan itu meliputi segala aspek fizikal dan tingkah laku.

Objektif Pusat Sumber Sekolah ialah :

*      Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui usaha menyedarkan guru dan pelajar tentang peranan mereka yang harus dilaksanakan secara kolektif dan berterusan.

*      Mengurangkan penggunaan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran melalui penghasilan dan penggunaan pelbagai media dan teknologi dalam pendidikan.

*      Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang praktikal dan mencukupi bagi memenuhi keperluan guru dan para pelajar yang semakin bertambah.

*      Memupuk kemahiran menggunakan koleksi bahan di Pusat Sumber Sekolah dengan berkesan di kalangan guru dan pelajar.

*      Memupuk budaya ilmu, tabiat gemar membaca dan belajar sepanjang hayat di kalangan guru dan pelajar.

*      Memupuk dan mengembangkan bakat dan kebolehan, kreativiti guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


KLIK IKLAN SEBAGAI TANDA SOKONGAN ANDA. TERIMA KASIH.

Pemberitahuan KPM