May 1, 2014

MAKLUMAN PKSR 1,PPPM 1,SEKOLAH GANTI SEMPENA HARI RAYA,KELAS TAMBAHAN TAHUN 4,5,6 & CUTI PENGGAL 1

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2.                   Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 1 akan diadakan pada 05.05.2014 hingga 09.05.2014  untuk Tahun 4,5,dan 6. (Sila rujuk jadual peperiksaan).

3.                   Penilaian Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) 1 akan diadakan pada 12.05.2014 hingga 16.05.2014 untuk Tahun 1,2 dan 3 .(Sila rujuk jadual peperiksaan

4.                   Sekolah Ganti Cuti Hari Raya (31 Julai 2014) akan diadakan pada 10.05.2014 (Hari Sabtu) mengikut Jadual hari Khamis  bermula seperti berikut:
            Sesi Pagi     : 7.20 pagi  hingga 12.40 tengah hari
            Sesi Petang : 1.15 tengah hari hingga 6.05 petang

5.                   Sekolah akan bercuti pada 13.05.2014 (Selasa) sempena Hari Wesak dan Cuti Penggal 1 akan bermula pada 28.05.2014 – 15.06.2014 (19 hari). Sekolah akan dibuka semula pada 16.06.2014 (Isnin ). Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada warga sekolah dan ibu bapa yang beragama Buddha.

6.                   Kelas Tambahan Tahun 4,5 dan 6 akan dibatalkan pada 17.5.2014 ( Sabtu ) kerana murid –murid dan guru-guru terlibat dengan Karnival 3K pada hari tersebut.

7.         Diharapkan pihak tuan dapat memastikan anak-anak mengulangkaji pelajaran di rumah dan hadir ke sekolah pada hari peperiksaan serta membawa alat tulis yang mencukupi untuk menjawab soalan.

Sekian, terima kasih.

0 comments:

KLIK IKLAN SEBAGAI TANDA SOKONGAN ANDA. TERIMA KASIH.

Pemberitahuan KPM